dalam sibuk mengejar dateline . terbenti sekejap segala kerja.
hanya kerana. wujud satu perasaan yang aku rasa. kalau tidak dikongsi.sekarang juga. saat ini juga .
maka aku lah yang rugi tak kemana.
sebab mungkin kali. esok hari. aku mungkin tak bernafas lagi.
untuk aku cerita kan yang itu dan yang ini.
jadi bismillahirrahmanirrahim.
tanpa aku sedar siapa yang akan membaca.
mungkin kali ada mungkin kali tiada.
tapi biarlah cukup ini menjadi bukti untuk aku tunjukkan pada yang Esa
yang aku juga.
mahu usaha.
mahu beritahu.
yang kalau dah dijadi kan manusia.
memang selayaknya harus.
aku berfikir.
jadi tak salah kalau aku tuliskan apa yang mungkin mampu buat yang lain juga berfikir sama.
what i am about to say. i take full resposibillity of it. and may Allah be the best Protector from me spreading falsehood and make me far from the feeling of gloating and superiority . for my intention is never of those.
ini cerita simple.
hidup aku.
yang hidup macam mana dibesar kan orang tua yang tak berpangkat.
tak berlebih harta.
senang kata.
yang biasa-biasa. aja.
tapi penuh dengan cukup.
Alhamdullilah.
seingat aku.
dari kecil ayah selalu bilang.
usaha adik .
kita hanya akan dapat apa yang layak kita dapat dari apa yang Allah lihat.
melalui usaha kita.
jadi aku memang dari kecil .
tak pernah berhenti dari usaha.
semata mata aku tak mahu dipandang sambil lewa.
mahu dari Rabb ku atau mahupun dari yang lain.
dan aku yakin kalau aku cukup usaha.
tak kan timbul perasaan ragu untuk aku meminta pada Tuhan.
dari kecil.
mudah kata.
tak pernah aku hadap apa itu gagal.
dalam bersekolah.
namun ayah yang begitu merendah diri.
selalu bilang.
'dik. apa yang kau dapat. orang lain pun dapat. jangan sekali dik.kau sangka kan diri kau hebat. '
jadi tiap kali aku cemerlang.
ayah akan tarik balik aku ke bawah.
hanya semata.
mungkin dia tak mahu aku lupa.
yang bukan kejayaan yang aku harap pandang.tapi seharusnya Allah.
jujur.
mungkin kali disebabkan darah yang mengalir dalam diri.
disebabkan keturunan aku milik peribumi.
diberi lah peluang untuk aku merasa keistimewaan bersekolah tinggi.
dimulanya dengan privilege asrama.
jika diingat balik.
bukan kah lebih mudah?
untuk berada dikeliling bangsa yang sama.
berlawan dengan cara yang sama.
cakap yang sama.
fikiran yang sama.
tapi tidak.
bilang aku pada ayah .
'tak apa lah yah. masuk sekolah biasa pun tak apa. bukan darah penentu jaya nya kita '
jadi.kembali balik aku ke MGS.
sekolah yang bercampur bangsa.
hanya atas sebab.
kalau yang lain boleh.
kenapa aku tak boleh?
dan sungguh. aku melangkah kanan.
berkawan dengan mereka yang bukan sama bangsa.
bukan sama lidah rasa.
tapi sungguh.
kalau ditanya lagi sekarang.
siapa kawan yang paling kau hormat.
tentu sekali aku bilang.
si dia yang berbangsa lain.
dan Alhamdullilah.
aku tahu. bukan sebab aku.
dan kemahuan ku.
tapi hanya kasih belas Tuhan ku.
dapatlah lagi aku merasa apa itu cemerlang.
tanpa perlu berada dalam golongan aku sahaja.
aku belajar.yang hormat ,kasih ,prihatin itu aku dapat dari mereka yang tak sama warna kulitnya.
selepas habis sekolah.
dengan result yang dah tersedia.
aku sorong pada mana sahaja scholarship yang ada.
saat itu tak pernah pun terfikir kenapa.
mungkin dah terikut budaya.
yang kalau result nya cantik.maka.
kesitu lah yang harus aku cuba.
dan Alhamdullilah.
lagi sekali diberi nikmat belajar.
tapi saat aku tahu yang itu.
ayah bilang satu perkara
'dik.result yang kau dapat. percayalah.ada 500 orang lagi di atas nama kau yang dapat.tetap jangan kau sangka kau paling hebat'
jadi diam lama aku berfikir.
kenapa mungkin aku yang dapat?
mungkin kerana aku berkulit cokelat?
tapi mana mungkin aku bilang begitu.
sebab 5 dalam 6 berbangsa lain yang ada dalam interview room bersama aku.
juga dapat.
maka aku terus lagi berfikir.
walau jauh untuk aku dekat dengan Tuhan.
terfikir sekejap aku tentang Dia.
ayah bilang.
kalau kau usaha.
Allah pandang.
maka aku terfikir.
mungkin kali ini lah nikmat usaha?
tapi aku ingat kan diri lagi.
dalam penuh takut berbangga diri.
bukan dengan yang lain.
tapi dengan diri sendiri.
' tak neb. kau bukan pandai.kau bukan istimewa. yang kau dapat hanya sungguh atas sebab. dah tertulis di atas sana'
bertahun yang lepas.
dalam antara solat-solat yang terlepas.
walau jauh nak digelar diri penuh beragama.
tetap aku terfikir.
kenapa ya?
kenapa dalam penuh dosa.
masih Allah pilih untuk dibuka mata?
tak cukup kufur lagi nikmat diberi.
aku lengah masa untuk kembali sujud
aku sangka.
tak apa.
esok masih ada.
namun.
dalam diam.
mungkin tak aku nampak kan pada kalian.
yang sebenarnya.
aku penuh dengan tanda tanya.
penuh dengan keinginan untuk paham.
dan aku ingat sekali lagi ayah bilang.
'usaha adik'
tak kan mungkin aku bermatian berusaha untuk perihal dunia semata.
tapi tak sanggup buat yang sama untuk hal syurga dan neraka.
jadi aku usaha.
dalm solat yang mungkin.
setahun sekali.
dalam duduk diam mengingat Tuhan yang jarang kali.
kenapa aku dapat yang baik-baik aja ya Rabb?
sedangkan aku jauh dari makna baik.
bukan bersoal tanda tak syukur.
bukan bersoal tanda tak yakin.
tapi aku bersoal.
hanya atas dasar untuk diberi jawapan yang benar.
dan aku tanya lagi.
dengan diri penuh tak berilmu.
benar kah kata orang ya Rabb. aku dapat ini dan itu.
hanya atas dasar aku Melayu?
dan sebelum aku mengenal Quran.
sungguh aku tak tahu.
yang Allah itu tak pernah memilih atas dasar darah yang mengalir.
aku keluarkan balik diri aku dari pemikiran dari yang lain.
tak kan lah mungkin .rezeki istimewai ini hanya atas dasar.
aku ini berbangsa.
sebab sungguh itu tidak adil.
bagi aku.
dan bagi yang lain.
jadi persoalan yang ada.
untuk 5 tahun yang lepas.
baru aku tersedar.
isitimewa yang aku dapat.
bukan sebab aku dilahir berkulit cokelat.
tapi mungkin atas sebab.
kata ayah suruh usaha.
maka aku usaha.
dan sebab Allah itu Mulia.
di beri aku usaha.
dan sebab usaha.
mungkin kali aku diberi nikmat seinchi dalam dunia.
jadi.
untuk kalian yang pelik berkata.
yang ada antara berlainan bangsa dan agama.
'ala neb. senanglah kau bilang.kau dapat itu ini.sebab semua sudah diberi'
perlu kau tahu.
malam hari yang kau korban kan mengira nombor,bermain kata,berletih diri semata nak berjaya.
aku juga sama.
sebanyak mana usaha kau letak.
sebanyak itu juga ayah suruh aku letak.
jadi aku bilang.
tak sayang.
bukan semata sebab.
mata kita lain bentuknya.
kulit kita lain warnanya.
hati kita lain percayanya.
tapi sebab.
kau usaha.
dan aku juga usaha.
dan untuk kalian yang pelik berkata.
yang ada antara samanya bangsa,samanya agama.
'ala neb. buat apa kau susah. berhenti sekejap dari lelah. ambil kau masa.untuk berhelah. bukan kah kita menangnya sudah. dalam berjumlah. nanti-nanti akan juga mewah'
perlu kau tahu.
di malam hari walau kita bersujud pada Tuhan yang sama.
merasa belacan yang sama.
berkulit tona yang sama.
usaha aku tak akan berhenti hanya kerana apa yang kau sangka.
sebab.sungguh tak adil.
kau nilai kalah menang aku atas siapa aku.
dan bukan kerana apa dibuat aku.
jadi. untuk isu yang makin lama makin buat aku sakit.
yang aku lihat semakin banyak membawa perit.
pada aku dan pada teman yang lain.
pada pertandingan yang tak pernah sihat.
berlumba atas dasar bangsa.
dan bukan usaha.
aku beritahu sekali lagi.
Allah ku bukan mengira pada bulat,sepet,cenkung mata kita.
sebab sungguh Dia yang cipta semuanya.
tapi pada.
apa usaha kita.
yang itu lebih utama.
dan untuk meraka kawan berlainan agama dan bangsa aku dari kecil.
sayang aku tak pernah hilang.
biarpun apa orang bilang.
hormat aku tetap ada.
jika masih aku juga dihormat.
sebab itu.
apa yang dididik mulia Rasul aku.
dan untuk mereka kawan bersama agama dan bangsa aku dari kecil.
tetap juga engkau yang aku sayang.
tapi jika satu hari jika kau pilih Tuhan untuk kau paling.
tahulah aku menangis dalam selang malam dan siang.
untuk SEMUA pihak.
baik yang itu mahu pun yang ini.
apa yang dihajat.
berlandaskan doa dan usaha.
bukan semata bangsa dan sangkaan diri yang terlebih agama.
sebab Allah itu.
untuk semua.
walaupun untuk aku yang kurang agama.
walaupun untuk dia yang lain kulitnya.
kurang-kurangkan lah isu bangsa ini.
dua dekad yang lebih aku hidup.
dahulu tak pernah wujud isu ini.
mungkin kali.
aku yang buta.
nak lihat yang indah sahaja.
atau mungkin sudah makin banyak yang wujud dari semua pihak .
baik yang disangka alim.dan baik yang disangka tamak.
mula bermain isu ini.
atas dasar.
mereka boleh.
jadi untuk semua.
jangan kau biar selain Tuhan.
menitik pemikiran celik kau.
sebab sungguh anak kecil biar apa pun bangsa.
tetap merasa panas jika bermain api.
Allahhualam.