i write not hoping for the whole world to read.but to change the whole world of just a person.

Monday, May 27, 2013

rendah mana kita.

kadang-kadang bila kita fikir.
berapa ramai antara kita.

yang mampu bilang.

'baju aku. aku beli di kamdar aja. ada yang aku beli di pasar. ada di bundle. oh ada juga orang yang beri. tak mampu beli yang mahal. asal kan selesa. aku ok aja'

berapa ramai.

yang berani?

utara setiap bibit ayat merendah diri tanpa rasa kecewa dengan semua rezeki yang diberi.

siapa.
yang benar-benar tulus dalam menyatakan.

'aku berumah kecil berpapan nipis. berlapik tanah. tapi tak apa. asal tak kena hujan tak digigit panas.aku ok aja'

berapa ramai?


sungguh.
dalam aku titi hidup.
merangkul perlahan umur.

aku sedar.

nilai merendah diri itu berbeza dengan apa yang di didik.
sungguh.ada tahapnya.

apa aku sangka.
merendah diri itu .bila mana  dipuji. timbul perasaan malu semena.
sehingga terus merah muka dipinta berhenti  dipuja.

apa aku sangka.
merendah diri itu bila mana,bila sudah berjaya.melepas setiap inchi tangga.kita diam kan aja.
tanpa perlu di hebah dunia.

apa aku sangka.

sampai itu.
itu lah nilai merendah diri.

tapi bila aku persoalkan lagi.
betul rangkul dalam-dalam.
mencari erti benar merendah diri.

aku mula sedar.

ia lebih.


merendah diri itu adalah pada semua perkara yang kita utara.
kita sedar tak satu pun milik kita.

perasaan yang timbul atas sedar nya  kita ini berpunya.
sehingga tiap nafas kita hela.
semua nya atas ikhsan yang Esa.

aku belajar itu perlahan lahan.
untuk cuba buang perasaan biar sekelumit bahawa diri ini lebih.
sebab sungguh.

berapa ramai yang mampu bilang.

'aku tidak kaya'

di tengah peruk yang berharta.
tanpa rasa sekelumit pun kecewa.
dan mampu tersenyum bangga.
cukup dengan apa ada.

sebab sungguh.

berapa ramai yang mampu.


berdiri di hadapan semua tanpa rasa malu.
mengaku.
yang diri nya tak empunya apa melainkan cinta pada yang Satu.

berapa ramai?

sebab sungguh.



merendah itu.
tak pernah mudah.
selagi kita tak benar yakin .
yang semua meamng hanya milik Allah.

satu tarbiyah yang masih aku jalan dengan susah.
tapi insyaAllah.
jika untuk Allah.
biar aku jadi yang paling rendah.

payah.
memang payah.
tapi payah itu terjadi indah .
kalau kita buat untuk Allah.

rendah kan diri neb.
rendah kan diri.
cuba lagi. 



No comments:

Post a Comment