kalau nak ditulis apa-apa.
biar semua nya yang jujur.
mungkin kali ini.
bukan sekadar berpusing kata.
berhelah abjad.
semata mencari ruang melepas bosan.
melayan perasaan.
dengan bait perkataan.
tapi untuk benar-benar aku muntah kan jawapan.
pada persoalan yang lepas-lepas yang aku simpan.
jauh tak terlayan.
dan malam ini.
sebelum diri ditelan bumi.
sebelum akal ditarik Ilahi.
aku pilih untuk rehat.
dari kerja duniawi.
dengan menyusun huruf.
untuk dijadi perkataan.
dibuat ayat.
moga terjadi jawapan.
pada persoalan.
kawan-kawan.
'eh kenapa nak block?'
'kenapa sombong sangat. tegur ajalah'
'jangan jual mahal. bukan nya nak menggatal.kalau tidak macam mana nak kenal?'
'kalau tak tengok.macam mana nak tahu? jangan lah buat-buat malu'
'bukannya berniat jahat. hanya sekadar melihat'
'kenapa jauhkan diri.kata tak mahu lonely?'
antara yang macam-macam.
selalu yang aku dengar.
dan yang selalu buat aku gusar.
kali ini.
mungkin ada perlu.
aku cerita kan.
pada semua kalian.
yang mahu ambil pelajaran.
dan sedikit peringatan .
yang itu dan ini.
aku buat. bersebab.
sebelum apa-apa.
minta di ameen kan pada doa ku.
doa.
agar Allah melindung diri dari niat yang salah.
dalam pada ingin berkongsi.
biar niat dan amal.
berlaku selari.
insyaallah.
ameen. . .
Bismillahirahmanirahim.
jadi.
dengarlah teman.
bagi semua persoalan.
aku sediakan sebab.
tak.
bukan aku sengaja berlaku sombong.
mahu dilihat bergaya dalam berkenalan.
atau pun mahu dipandang terjaga.meletak diri teratas di tangga.
tapi sungguh.
kalau lah kau tahu.
kalau dibiarkan iman sekecil kutu aku ini.
untuk dibiar sendiri yang pegang.
mungkin sudah lama hilang.
kalau lah kau tahu.
kini.
betapa takut aku terlepas pandang.
sehingga tiap saat bermohon untuk dijauh kan dari yang terlarang.
sehingga sanggup aku meminta. kalau lah dia yang menjadi penghalang untuk aku beringat tuhan malam berganti siang.
jadikanlah apa aja yang menghalang.
sebelum aku salah terjatuh lebihnya sayang.
sebab percayalah kawan.
pernah diberi aku peluang berkasih.
tapi jauh sekali aku sebabkan untuk si Dia yang Pengasih.
maka terhancur tiap batu jalan untuk ke pintu syurga.
bukan semata mahukan air sungai yang berwarna putih.
dan tanah hijau luas bersih.
tapi hanya sebab mahu dilihat Tuhan dengan tersengih.
sebab itu.
aku berdiri jauh .
percayalah.
dari seorang yang pernah berkasih tanpa benar memilih.
tanpa diselit redha Pengasih.
sungguh.
perihnya itu tak berhujung.
dan tenangnya itu tak bertepi.
sebab.
benar.
percayalah.
tak akan kita temunya bahagia.
pada perkara yang jalan nya ke neraka.
sebab sungguh.
mungkin ada yang bersangka.
ah comel nya mereka.
berkasih kasih dengan terbuka.
macam sungguh itu cinta mulia.
baik.
dengar sini.
baik-baik.
bertahun - tahun dah aku cuba.
mengejar bahagia.
konon dengan cara yang termulia.
tapi aku lupa.
yang buat lah apa pun cara.
kalau bukan namanya.
yang dah tertulis di atas sana.
tak termungkin bahagia itu jadi kita yang punya.
sebab nya.
kalau dah dimulakan dengan cara yang salah.
tak kan mudah kita bilang. 'redha kan lah ya Allah'
jadi ya.
aku ingatkan.
pada semua.
dan untuk aku yang terutama.
tuliskan ini tebal dalam ingatan.
supaya kau tahu.
tak perlu kau menayang kasih.
dijaja situ dan sini.
bagai sudah terhalal.
sebab sungguh.
yang memang.
PERKARA YANG TAK HALAL ITU TETAP TAK HALAL.
jadi.
tanya lagi aku.
mana yang lebih aku suka.
yang dulu atau yang ada.
akan mudah aku jawap.
kalau dulu aku tak bodoh.
akan.
aku pilih.
hanya bersebab Allah.
dan mungkin itu.
sudah cukup.
untuk aku bilang kan.
tak kan wujud rasa tak puas.
rasa lemas.dan rimas.
sebab sungguh.
kalau niat beralas.
kan Dia yang di atas.
percayalah.
biar apa pun ada.
untuk masa kedepan.
kalau bukan pun dia.
tak kan aku bersedih.
menangis cukup perih.
sebab sungguh.
kalau lah memang aku bilang.
hanya untuk Allah.
maka harus aku paham.
Allah ku tak pernah kejam .
yang terbaik itu ada pada Nya.
jadi.tanya kan lagi.
kenapa aku berjauh diri.
dan sungguh kenapa aku takut kali ini.
sebab Wallahi.
hanya.
syurga yang mahu aku cari.
bukan semata-mata dia.
atau untuk melayan suka.
TAPI.
perlu kau ingat.
jangan kau salah kan agama.
konon menjadi penghalang cinta manusia.
tak kawan.
sungguh tak.
berkasih itu perlu.
untuk hari ini.dan semalam semalam.
itu sudah lama ada dalam Islam.
tapi perlu kau ingat juga.
atas dasar apa kau bercinta?
kalau kau bilang.
untuk Allah.
maka kejar redha Nya.
tapi kalau sahaja untuk suka-suka.
maka perlu kau tahu.
pintu neraka itu terbuka untuk semua.
dan yer.
jangan kau risau.
aku juga dulu macam kau.kau dan kau.
dan dulu kalau aku tahu.
apa benar Islam itu.
akan aku jeritkan di muka aku.
'hey neb! tolonglah malu'
jadi. aku janji.
untuk kali yang ini.
biar aku jeritkan sana sini.
'TAK.JANGAN KAWAN.JANGAN KAU BUAT CARA YANG INI DAN ITU.ITU TAK HALAL'
sebab sungguh.
biar pun sampai sekarang.
masih lagi aku jerit kan itu pada sendiri.
maka.
mari aku jawapkan.
aku jauh.
sebab aku tahu.
kalau tuhan kata ya.
itu akan jadi kau yang punya.
tak perlu ada risau.
biar sekelumit.
sebab 'kun faya kun'
itu Dia.
and yes. im writing all these in the purest intention of wanting whats best for all of us.
because.the agony of what is false that befalls on me. i shall not wish that to all.
so take heed.
renew your intention.
every day.
i do that every second.
for my heart is fragile.
and i need to know.
that this world is only for a while.
so why sigh and strut.
if Allah is what you got.
and so.
this i say.
find those that remind you the sweetness of paradise.
not those that are guiding you to the pit of hell.
because what you see as unlawful sweet and loving today.
might be your pseudo thinking of yesterday.
may Allah protect us all.
insyaAllah.
so yer kawan-kawan.
tak aku tak sombong.
aku cuma manjaga.
untuk baik aku.
dan juga dia.
yang ada atau tak ada.
yang ada atau tak ada.
sebab nak risau apa.
Allah kan ada :)
No comments:
Post a Comment