i write not hoping for the whole world to read.but to change the whole world of just a person.

Friday, May 24, 2013

eh.bila?

kalau ada tuhan dalam dada.
buat lah apa sahaja.
semua yang dibuat untuk jalan ke syurga.

kalau ada.



hari ini aku sahaja nak berkata-kata.
melepas bosan dengan kerja.

itu hari ada orang tanya.
'eh.macam mana nak bahagi masa untuk ingat tuhan yang di atas sana?'

ha.
macam mana ya.

hari ini.
dalam sibuk membahagi tenaga sini sana.
rasa macam.allahu. tangan kaki ku hanya ada dua.
tiba-tiba.
baru terdatang jawapan tersedia.

eh.kawan disini dan disana.
dalam mengingat tuhan yang Esa.
tak perlu ada selang tenggang waktu nya.
bukan bila tubuh dah terbasah dengan wudhu' suci telaga.
bukan bila kepala dah berketayap kemas bergaya.
bukan bila tudung dah terlabuh  dan muka bercahaya.

tapi bila.
di mana mana.
bila sahaja.
terjaga minda.terbuka mata.
terasa hati dalam dada.

ha.
masa itu lah.
kita ingat Allah.



hati yang berzikir tiap masa.
dan bergetar takut walau tak terlihat mata lain manusia.

masa itu lah.

kau tahu.
masa itu.
kau ingat tuhan yang satu.

sebelum penghujung datang bertamu .


ingat tuhan.
tentu sekali tak kan kau tak keruan.

insyaAllah neb.

No comments:

Post a Comment