i write not hoping for the whole world to read.but to change the whole world of just a person.

Thursday, August 1, 2013

anjing dan babi. itu sahaja?

kita ini jangan jadi manusia yang senang tergeletek dengan cuit yang kecil.

itu hari.
ada seorang teman bertanya kan pendapat aku.
tentang satu artikal.
yang kiranya sekarang sudah hampir popular di facebook.

initpatinya mudah.
rakyat syria.
dipindah ke Amerika.
dan golongan agama lain banyak membantu.
dan ini menimbulkan risau pada golongan tertentu.
yang kononnya agama lain sedang sibuk bergiat menyesatkan golongan-golongan lemah.
yang kononnya mereka ini sanggup menggadaikan agama pada bantuan yang tak seberapa.

ok.
aku baca dengan perlahan.
satu per satu.
cuba untuk aku nilai.

rasanya yang ini bukan yang pertama yang sibuk di war-war kan.
tentang tindakan mereka yang beragama lain yang kononnya punya niat berselindung.
dalam menyesat kan golongan lemah Islam.

dan sejak dulu.
aku ada semacam perasaan.
yang belum pernah aku suarakan.

rasa tidak puas hati dengan tuduhan kosong.
yang kurang sekali beralas pada agama.

dan yang paling payah.
kebanyakan nya datang dari golongan yang paling hebat kononnya mempertahan kan agama.
fisabilillah.katanya mereka.

dan sini.
aku bersuara.
biar tak kuat pekiknya.
tapi masih lagi diharap terdengar.

tak.saudara.
bukan dari itu sudutnya kita melihat itu semua.
tiap kali ada cacatnya pada agama kita.
selalu sekali kita persalah kan golongan agama yang lain.
kita laungkan kuat-kuat.
yang sebenarnya mereka lah yang paling bersalah.
tiap gerak geri mereka.
tiap amal baik mereka.
hanya wujud agenda berselindung.
dan semuanya dipersalah kan pada mereka.
sampai terkabur pandangan kita sendiri.
yang mungkin kali tak terlintas di kepala sendiri.
yang mungkin.
mungkin salah nya juga pada diri kita sendiri.

sungguh.
aku kata kan ini.
aku memang hidup sejak dari kecil selalu aja dikeliling oleh golonagn mereka yang beragama lain.
dan sampai sekarang.
masih kira ramai nya teman dari mereka yang juga percaya pada konsep tuhan yang satu.
tapi akidah nya berbeza.
dan hidup bertahun di negara orang.
yang bukan Islam agama utama.
aku rasa boleh aku nilai dengan mata sendiri.
ADA BEZANYA.
dan mari sini aku ceritakan.


lucu.
sejak dulu.
ramai yang bilang.
'ah.jangan dekat pada mereka. amalan mereka songsang.tak ada wujud nya nilai baik'
tiap kali berdesing telinga mendengar.
sungguh aku akui.
ya.mereka memang berada pada landas agama yang salah.
bukan yang paling kukuh dibandingkan dengan agama kita.

tapi .

percayalah.
bukan sekali dua aku menjadi saksi.
bahawa sungguh.
akhlak amal nya.
lebih terpuji dari kita yang kononnya menjunjung agama mulia.
dan itu.
itu termasuklah aku.

dan ini aku cerita kan.
pernah dulu aku berteman.
dengan seorang perempuan.
yang padanya.kami ini berlainan tuhan.
tapi.
satu perkara yang mungkin tak akan aku lupa kan.
dalam banyak teman.
rasanya.
dia lah yang terpaling manis perlakuan.
yang paling rapi terjaga.
dan bila aku tanya.
kenapa begitu baik dia pada manusia? walau mereka yang berlainan agama? apa itu atas dasar unsur berlumba agama ,mana yang lebih sempurna.siapa yang terdahulu akan terpedaya?

dan jawapnya ringkas.
'we both believe in the idea of a higher deity. right neb?.believe me. my actions are not to con others.but only to please my Lord. that i too. like you. have done rights to His other creations'

jawapan yang padat.
pendek.
bukan satu esei panjang yang diselit kata-kata dari buku mulianya.
tapi .
cukup sudah untuk buat aku berfikir panjang.

ya. amalan mereka berbuat baik.
pada manusia yang lain.
mungkin juga ada diselit atas dasar menyebar agama.
tapi.
kalau difikirkan balik.
bukan kah kita juga begitu?
juga mahu agama kita dipandang hebat.megah.bergaya.

tapi.

malangnya.
dalam pada kita sangka agama kita perlu dikongsi.
kita lah antara golongan yang paling payah memaparkan cahaya agama yang sebenar.

sungguh.
kita ini golongan chauvinistic.
yang penuh dengan ironi.yang selalu selalu menyangka kita yang terpaling hebat.
tanpa ada usaha dipapar kehebatan itu.

kisah lain yang juga ingin aku kongsi kan.
pernah dulu.
dalam salah satu charity deed yang kami buat.
aku ambil masa.
untuk melayan para gelandangan.
saja.
ambil masa selami fikiran hati mereka.
dan benda pertama yang keluar dari mulut mereka.
'syukur masih ada umat Islam yang prihatin.yang masih peduli pada golongan kami yang marhaen'

kenapa bilang begitu mak cik?
rasanya.
masih ramai yang prihatin.
insyaAllah.

'oh.banyak yang peduli.tapi kebanyakan nya bukan dari golongan kita. banyak yang dari kebajikan gereja.kuil.tiap hujung minggu mesti di beri baju.selimut.'

dan sungguh.
tak ada seinchi dalam diri aku yang buat aku terkejut.
dalam kebanyakan charity work.
mereka jugalah yang selalunya yang terpaling hadapan.
jadi.
tak hairan lah jika.
lebih mudah golongan daif.
golongan sakit.
golongan susah.
lebih terdahulu berlembut hati pada mereka.

dulu pernah wujud satu isu.
yang masih aku ingat.
dimana seorang ibu dan anaknya di tukar ke agama lain.
di dalam salah satu cawangan agama berbeza di PJ.

ramai yang tampil bersuara.
hampir semuanya penuh dengan perasaan marah membara.
kononnya begitu mudah seorang wanita menjual agama.
habis dimarah.dimaki mereka.
kononnya.
ini adalah perkara yang paling jijik .

tapi.

tanpa mereka paham.
tanpa mereka selidik.
ibu yang itu.
yang sendiri sendiri menjijing anak yang perut nya lapar.
yang paling susah di hulur kan bantuan.
oleh golongan AGAMA kita sendiri.
mungkin berada dalam keadaan tersempit.
yang sukar sekali melihat anak menangis perut di penuh angin.
yang mungkin kali.dalam terdesak.
sanggup bertukar agama.
bukan kerana semata rendah nya iman di dada.
tapi juga atas dasar.
golongan seagama nya yang lain.
tak endah.
tak dipandang statusnya.
tak dibantu payah nya.

sebab percayalah.
selagi mana kita belum diuji denga perut yang kosong.
di paksa melihat anak merayu meminta makan.
jangan sekali kita bilang.
iman aku yang paling utuh.
yang paling berkilat.
selagi mana kita tak diuji.
kita tidak akan tahu.
makian yang diberi.
tak pernah satu pun yang membantu.
mengisi perut yang kosong.

dalam hal lain.
banyak kali juga aku berasa senang dengan mereka.
tak.harap jangan di salah erti kan maksud aku.
bukan aku menggadai kan agama sendiri di sini.
tapi sekadar berkongsi.
agar kita ambil prihatin.
yang sebenarnya.
tiap gerak perlaku nya kita adalah penanda paham mananya kita pada agama.

sepanjang aku berada di luar sana.
bukan payah untuk aku mengenali budi.
etika.
prinsip hidup mulia.
tanya kan aja pada semua yang pernah ke sana.
siapa lagi paling mudah memberi siuman.
paling manis tutur kata.
paling lembut perlakuan.
tak.bukan dari agama kita.
tapi mereka yang lain.

dan ini.
bukan satu benda yang baru.
ya.aku tahu.

tapi mungkin ini. patut jadi titik baru.
untuk kita berhenti menuding jari pada dunia.
dan mula pahami amal buruk dalam dada.
yang paling patut di buang jauh sejak mula.

berhenti salahkan golongan kecil di Amerika.
yang sibuk memberi bantuan.
berhenti dipersalah kan golongan Syria.
yang di fitnah menjual agama.

sebab.
sungguh.
kalau kita jatuh terluka.
bukan pasir kesat yang di pinta.
tapi ubat disapu penuh jaga.

perlu kita sedar.
dalam agama lain sibuk menayang mulia mereka.
kita masih lagi bermain dengan isu anjing dan babi.
percayalah.
Islam itu bukan hanya pada takat halal haram nya anjing dan babi itu.
fisabilillah itu juga ada pada sikap kita terhadap manusia yang lain.

Allahualam.


No comments:

Post a Comment