apa erti meletak kan niat pada yang sebenarnya.
sungguh.
benda yang terpaling takut datang juga.
dan tanpa sedar.
aku jadi leka sebentar.
sudah habis aku rapi kan diri.
pulangnya nanti ke rumah.
akan banyak yang jadi godanya.
berabis fikir aku disana,sebelum beratap kan langit dan berpijak pada bumi yang sama.
mungkin kali aku akan terlupa.
dan benar.
aku terlupa.
yang dalam pada berniat itu ada cubaan nya.
dan yang terpaling buat aku terdiam.
dalam sibuk bersuka mengenal kembali semua teman lama.
berada dekat pada keluarga.
bernafas dengan udara yang sama.
yang dalam pada itu semua.
hanya Satu yang tetap Utama.
dan aku lupa.
dan.
sungguh.
kalau tak kerana Dia.
aku mungkin lebih dekat pada neraka.
dan sungguh.
tersentap sekejap.
bila mana tersedar niat sudah terlari.
jauh dari azali.
dan timbul rasa resah.
tak selesa.
bagai lepas berlari berpeluh basah.
aku sebenarnya.
sudah lupa pada niat.
dan pada kali ini.
atas kata orang yang mungkin peduli.
atau mungkin kali juga lali.
tersentap.
sekejap.
masih berpeluang aku kembali pada niat yang azali.
atas dasar apa aku buat itu dan ini.
dan sungguh.
kalau bukan Allah penggerak segala hati.
mungkin sudah dekat benar aku pada pintu neraka.
yang dihadapan sana itu nanti.
Alhamdullilah.
masih ada peluang untuk ucap.
maaf kan aku Allah.
terleka aku sebentar pada ujian yang menguji niat.
moga Ramadhan ini bukan satu perhentian tapi malah satu harapan.
pada Tuhan yang penuh bersifat kasihan.
No comments:
Post a Comment