rasanya,benda yang paling payah dalam beribadat bukan lah pada perlakuan nya.
tapi pada hati yang terlalu mudah timbul bangga pada tiap amal kecil.
wallahi.
tak mudah untuk buang itu dan berdiri bangga melaungkan.
'aku buat ini HANYA kerana Allah'
tanpa ada sekelumit wujud rasa riya'
sebab sungguh .
untuk seorang manusia yang kurang amalnya.
cetek ilmunya.
aku masih lagi berlari dari di kejar riya'
sehingga mampu aku bilang.
untuk ada hati yang benar-benar ikhlas.
adalah satu jihad yang tak ternampak kan oleh manusia.
jadi aku tulis kan ini.
supaya nanti-nanti bila aku sudah semakin lupa.
boleh aku bacakan lagi.
sebagai pemberi sedar pada yang hati yang tidur lena.
biar manapun timbul tiap kali perasaan itu.
perasaan mengharap kan oh.biar orang tahu.
atau minda melayang memikirkan imbalan dari manusia yang beribu.
perlu sekali aku pahami.
imbalan yang lumayan hanya datang dari Tuhan nya yang Satu.
jadi .
untuk tiap kali bisik hati.
yang kita sedari.
biar wujud rasa malu dalam diri.
yang biar pun amalan kita ini dibuat kita.
masih lagi berjuta luar sana yang amalannya lebih sempurna.
sebelum perlu rasa bangga.
perlu sekali malu yang dirasa pada mula.
malu.
yang biar pun kita beramal.
mungkin kali tak dipandang Tuhan.
malu.
biar pun kita beramal.
belum tentu akhirnya syurga berisisi Tuhan.
jadi.
untuk aku.
senjata dalam jihad tersembunyi.
adalah malu.
maka lawankan riya' itu dengan malu.
insyaAllah.
moga dipermudahkan kita dalam beramal.
tanpa ada tersasar niat.
biar yang ikhlas aja kita hadiahkan.
pada Tuhan yang penuh maaf nya.
insyaAllah.
anyway.
on another note.
cerita pendek tentang pagi di surau.
tadi.
seorang budak muda.
rasanya masih lagi bersekolah.
belasan tahun mungkin.
berbasikal ke surau.
pada pukul 2 pagi.
berseorang diri.
hanya semata ingin mengejar tahajjud berimam.
sedangkan tahu.
esok nya akan tetap ada kelas.
dan aku di tepi.
melihat diam sendiri-sendiri.
tiada bapak nya.
tiada emaknya.
yang memaksa menyeret dia ke sana.
tapi tetap dia ada.
bila semua orang lain masih selesa tidur.
budak muda ini bangun sendiri untuk berteman kan Ilahi.
dan itu.
itu buat aku rasa.
rugilah aku.
kalau dengan diri yang lebih berumur.
aku tetap tak mahu.
menghadap Tuhan pada malam yang hujung.
dik.
yang bebaju melayu biru.
moga kau nanti sudah habis sekolahnya.
jadi yang elok-elok.
lelaki yang bila dipandang oleh yang lain.
akan timbul rasa malu pada diri mereka.
dan terus teringat Tuhan di atas sana.
ameen. . .
No comments:
Post a Comment