i write not hoping for the whole world to read.but to change the whole world of just a person.

Friday, July 20, 2012

pak cik Din dan soya aku


'oh.pak cik raya memang seorang-seorang.dekat sini lah'
'buka puasa nanti di Masjid'

bilang pak cik Din.
jatuh jantung aku sekejap.

tapi masih.aku senyum.

alahai pak cik.kalau lah kau tahu.

-------------

4 tahun lepas.
aku jalan gelak-gelak.
'faster lah wey.tuition starting soon.I NEED my soya.'

lari-lari kiteorang turun bawah.
tangga kasturi sempit.
pelajar banyak.
tapi aku ni kecil.
aku lalu jugak.
dalam kepala.
'aku mesti dapat soya aku!'

lari cepat-cepat  ke Petaling Street.
yer.masa tu belum ada bumbung cantik.
belum ade jalan cantik.
yang ada.semua kedai.
ah beng-ah beng.amoi-amoi jerit suruh beli.
haa.yang itu ada.dan masih ada.
tengah-tengah.kedai beg.kedai baju.kedai jam.
aku jalan laju.
'i must get my soya!'

lepas selit-selit.langgar-langgar.
sampai depan kedai soya.
'yes!.mission accomplished,5 minutes before class starts.faster woman!'

seringgit.lima .puluh.sen.
dan akhirnya.satu soya bungkus.milik aku.
'fuiyo!'

senyum lebar.
rasa puas.bila dapat apa yang aku mahu.
walaupun sebungkus soya bukan perkara yang besar.
tapi aku jalan jauh dengan kudrat aku.
jadi takde sebab untuk tak rasa suka.

'ok.we need to go now!'
laju.aku lari.
kawan dekat depan.aku dekat belakang.
'habislah.berpeluh lah masuk kelas macam ni.alaa.tak hot lah gini!'
berpeluh sakan.tapi kaki masih laju.
sambil lari.sambil minum.
aaaah.puas!

sampai depan 7 eleven.
lagi 8 langkah tangga kasturi.
aku berhenti.
Allah.
satu pak cik.
tadah tangan.
atas lantai.

dia minta duit.makanan.minuman.
apa saja.

dia minta.hidup.

sungguh.yang itu aku nampak.
sungguh.dia minta.maruah.
maruah yang baru.

'eh Neb.come!'
kawan yang dah dekat depan.
bilang suruh cepat.
tapi aku berhenti.

dalam hati minta sangat-sangat
'tolong lah ada duit lagi dalam kocek skirt ni.tolonglah!'

puas aku cari.
sayang.
yang tinggal hanya sepuluh sen.
'adoi! lagsi betul lah!.time gini lah semua duit hilang macam angin'

sungguh.dengan rasa segan.
ketar-ketar aku hulur tangan.
sepuluh sen itu jugak yang aku letak perlahan lahan.
Allah.

dia minta maruah baru.aku hanya beri sepuluh sen?
sungguh.maruah dia bukan harga yang itu.
sungguh.maruah dia lebih!

aku diam.tunduk malu.
maaf pak cik.bukan aku tak mahu.
tapi aku tak ada.
sungguh.memang tak ada.

dalam hati aku cakap.
'janji pak cik! lepas habis kelas nanti.saya turun.bawak lagi.'
yang itu.memang aku janji.

tapi.
bila turun lagi.
pak cik dah pergi.
sedih aku sendri-sendiri.
nak buat macam mana.dah bukan rezeki.

esoknya
ada kelas.
lagi sekali.aku kalut sebuk carik soya.
macam kalau tak ada soya.tak boleh belajar.
tah hape2 tah.
lagi sekali.aku lari.lagi sekali. aku berhenti.
eh.pak cik yang sama!

wah! ni memang rezeki!
cepat-cepat aku hulur seringgit.
aku sangka.
'yes.kali ni puas.dapat beri'

dengan seringgit aku sangke.
oh.makanan.minuman.
maruah baru!
semua dia akan dapat!

tapi sungguh.
aku bodoh.
dalam 7 eleven aja.
seringgit tak boleh beli apa-apa.
nak beli air soya aku pun.belum cukup seringgit yang itu.

alaaaaahai.
'masih belum cukup Neb.masih belum!'

malam tu juga.
aku duduk.
aku minta.
puas puas aku minta.
walau tahu.dahi ini jarang sekali mahu sujud.
tapi aku tetap mahu minta.
sebab kalau bukan pada Dia.dekat siapa lagi aku nak minta?

perlahan dalam hati aku bilang.
kalau boleh. beri aku apa adanya Allah.
tolong.beri aku apa saja.untuk aku beri pada dia.

dia.dia.dia.dia.dia dan dia-dia yang lain.
biar mereka tak kenal lagi erti lapar.
biar mereka lupa penat terlantar.
biar mereka rasa.maruah yang mahal.

sungguh.biar mereka.
rasa.

memang masa dulu.
tak pernah lagi terlintas.
apa itu erti memberi.
aku sangka.hidup ini dah cukup mudah.
dah cukup selesa.
dapat segala yang aku minta.
yang murah.yang mahal.
semua aku ada.

tapi.
aku lupa.
aku mungkin bahagia.
tapi banyak lagi yang sengsara.
sedih.pada diri.
alahai. cetek nya hidup.
kalau sekadar sesuap nasik.
aku perlekeh kan.

bayang kan ramai yang kebulur.
meminta-minta.
kalau tak sesuap nasik.
setengah pun mungkin dah cukup pada mereka.

jadi.
aku berhenti.
berhenti untuk rasa bangga dengan dunia.
yang konon aku jaja.
dari sini ke sana.
dari akhir.ke mula.
aku berhenti.

ya Allah.
biar kau sedarkan aku selalu.
bila mana aku lupa dan tak mahu.
wujudkan lah rasa malu.

malu dengan bongkak ku.
malu dengan kikir ku.
malu dengan dunia ku.

biarlah aku terus beri.
beri.beri.dan memberi.
biar sampai maruah pak cik yang itu.
jadi lebih mahal dari maruah aku sendiri.

4 tahun.sudah.pergi.
masih.ramai lagi yang meminta.
masih ramai lagi yang sengsara.
dan kadang-kadang.
masih lagi aku terlupa.

yang Pak cik Din.
itu hari aku jumpa.
juga.adalah.mereka.
dan esok lusa.
mungkin aku jadi juga mereka.
alahai.

percayalah.
kehidupan manusia antara sesama manusia itu.
adalah ujian dan nikmat dari Allah.
kalau kita saling menyukar kan.kita adalah ujian untuk sesama kita.dan kadang kala.kita gagal.
kalau kita saling menyenangkan.kita adalah nikmat yang tak terhingga.dan kadang kala.kita lupa.
sungguh.kita memang kena sedar.sebaik baik manusia.adalahmanusia yang paling bermanfaat pada manusia yang lain.

so make our every breath.worth.for another person who is also breathing. 
biar.nafas aku yang ini.jadi nafas Pak cik Din.lain hari. 

insyaAllah.

Who is he that will lend to Allah a goodly loan so that He may multiply it to him many times? And it is Allah that decreases or increases (your provisions), and unto Him you shall return. 

[2:245]



photo by Umar Mita.my new favourite photographer.he-he.

No comments:

Post a Comment