hey kau si peminjam.
yer kau.
kau yang meminjam waktu.
nafas.harta.hidup.
beradab lah seperti peminjam.
nanti suatu masa.
pulangkan.
segala apa yang diberi dulu.
yang dulu bersih dan baru.
ingat nanti dipulangkan.
juga harus begitu.
jadi apa kau buat hey peminjam.
kenapa kau kotorkan apa yang dipinjam.
sudah kau lupa adab meminjam?
atau mungkin.
memang kau bongkak.
lupa siapa di atas ketika mendongak.
ingat.
besar beza antara pinjaman dan milik.
sungghu berhentilah menyangka semua itu mutlak.semua itu hak.
sebab mata yang melihat.
suara yang keluar.
telinga yang mendengar.
tangan yang mengangkat.
kaki yang melangkah.
akal yang memikir.
dan hati yang merasa.
itu pinjaman.
jadi hey peminjam.
jaga kan kau.
apa yang bukan milik kau.
kerana nanti.
Rabb kau akan menuntut.
ketika kau berlutut.
sungguh.tak akan
kau berani untuk katakan.
Ya Rabb.itu.ini aku yang punya.
sedangkan.
nyawa itu juga.
bukan kau yang punya.
jadi berhenti bongkak.
jagalah apa yang dipinjam.
yang dipinjam akan diminta pulang.
biarlah senyum senang.
nanti bila ditanya.
di depan simpang syurga dan neraka.
apa telah kau jaga itu semua?
maka termampu untuk menjawap ya.
-----------------------------------
ini entri.untuk diri sendri.
yang selalu selalu bongkak.
dan kadang kadang kedekut.harta.masa.dan nyawa.
No comments:
Post a Comment