i write not hoping for the whole world to read.but to change the whole world of just a person.

Friday, February 24, 2012

alahai.

mahu jerit terlolong.
biar orang tahu meminta tolong.
biar sekalian tahu.
berat apa atas bahu.
hari ini.dongak tinggi.
sibuk mencari Ilahi.
tika semua jauh dari hati.
baru tersedar semacam gini.

alahai.diri.
bila hilang.baru sibuk mencari Tuhan.
bila senang.baru lupa adanya Tuhan.

alahai.malu.
pada Kau Rabb.
bicara semacam munafik.
hari ini begini.
esok hari lain yang bunyi.
untung untung Kau buat nya taubat.
dalam sakit sakit masih ada yang terubat.

alahai.malu.
ulang ulang maaf yang sama.
sesal semantara.
esok kembali yang sama.
sampai ada yang terlupa.

alahai.dunia.
kenapa perlu cantik belaka?
punca segala alpa.
nak dibanding syurga.
jauh kaki dari kepala.
tapi kenapa bukan syurga yang diminta?

alahai.manusia.
pusing pusing kemana mana.
tak kan terjumpa.
tanah yang tak berpunya.
kenapa perlu ulang dosa yang sama?
jika tahu tanah kaki terpijak rata.
sudah tentu bukan kita yang punya.

alahai Tuhan.
sungguh Kau Ihsan.
penuh belas kasihan.
makhluk sebegini rupa.masih Kau kahsiankan.
sungguh kalau nanti aku jauh dan tak pulang.
harap nanti Kau titip kan ajaran.
biar sedar diri aku ini hanya daging yang bertulang.

--------------------------------------

kadang kadang kita rindu semacam.
tapi tak tahu kenapa.
haaaa..itu rindu Tuhan namanya.

alahai Tuhan.
Rindu lah.

No comments:

Post a Comment