hari 78.
bahasa Melayu yang sangat dirindui.
hujan.perbezaan masa.dan sifat azali yang malas.
membuatkan hari 78 dipenuhi dengan tidur.
mungkin ada sebab mengapa.mungkin juga ada hikmah disebalik tidur yang panjang.
mungkin kerana tidur yang panjang itulah mengelak diri dari melakukan dosa yang tak perlu.
dan mungkin kerana tidur yang panjang itulah mengelak hati dari sakit yang tak dimahukan.
jadi.terima kasih Tuhan.kerana benarkan roh ini diambil sebentar.
dan kini.mata sudah dibuka.dan hati boleh merasa.
maka separuh dipenuhi dengan perasaan tidak selesa dan separuh lagi kerana rasa menyesal dengan perasaan yang tidak selesa itu.
maka hari ini.
hujan.
perbezaan masa.
dan sifat azali yang pemalas.
harus didefinisikan dengan cara yang lain.
hujan sebagai rahmat.saat segala doa di tunaikan.
perbezaan masa adalah punca menyebabkan manusia mensyukuri siang dan malam.kerana itu juga adalah nikmat.
dan sifat azali yang malas harus ditukar.kerana manusia dicipta dengan sifat.namun diberi peluang untuk memilih sifat mana yang terbaik untuk diri.
dan itu.adalah hari yang singkat untuk seorang Neb.
dan satu hari lagi untuk seorang Neb sedar tidur dan celik itu.ade hikmah nya.
No comments:
Post a Comment