apakah kalian tetap akan meneruskan adat dan budaya perkahwinan sang anak semegah dan sebesar terdaya?
aku rephrase;
kalian--
ibu2 dan abah2 seusia aku--
mampukah menerima kalau2 perkahwinan anakmu cuma kecil2 dan biasa2--
bertakdir menantu yang cuma cukup sifat dan kerja pula biasa2.
atau sebenarnya--
kita tetap akan meneruskan adat dan budaya orang tua kita yang rancak
aku baca dari status2 sebagai sesuatu yang kalian paling benci?
benar,
semua ayahbonda mahu yang terbaik untuk anaknya.
jelas, terang dan hakikat.
maka itu bukan hujah lagi.
soalan aku--
biar aku ulang agar tak diserong nanti--
mampukah kau terima takdirnya kalau2 anakmu tidak mendapat menantu dan suasana yang ENGKAU ingini?
-Fynn Jamal.
well phrased.
and it made me thought for a while.
how lucky i am.
in spite of being surrounded by such community.
ma and ayah never took part in any of such way of thinking.
bukan pernah raja yang dicari.
sebab sungguh tiada lelaki yang akan pernah cukup rajanya.
dan tiada perempuan yang akan pernah cukup puterinya.
sebab dunia ini tidak pernah akan puas.
tapi.
jika redha Allah yang dicari.
iman yang berkilau selayak nya perlu dipandangkan dan dimahukan.
dan untung aku.
sebab tak pernah raja yang dimahukan ma dan ayah.
tapi hanya seorang lelaki yang Fatihah nya lancar.hati nya ikhlas. dan matanya terjaga.
itu sudah cukup .
sebab mungkin kali mereka tahu.
aku ini bukan puteri.
masih lagi bertatih mengenal Ilahi.
tak selayak nya diri sendiri menilai itu dan ini.
sedang kan iman sendiri masih lagi tercari-cari.
sebab sungguh.
kesempurnaan itu tidak ada jika dicari.tapi hadir bila mana kita sedar yang selalunya yang tak sempurna itulah kesempurnaan by its own definition.
dan ya.
yang biasa-biasa itu lah yang paling selesa. :)
No comments:
Post a Comment