'lagi sebulan aja sayang.sabar ya.nanti aku pulang'
ah. setahun sudah aku tunggu.
dah bermacam cara untuk tak termangu.
sudah semua bercampur rindu.
tetap.masih lagi aku tunggu.
pulanglah lekas.
aku sudah mula jadi rimas.
bergaul risau.
kalau kalau tak sempat.
macam mana dibuat?
'sebulan lagi sayang.tak lama'
hai.
dalam sesaat pun nyawa mampu tercabut.
melepas kerongga.
jangan dibilang pula sebulan.
mana engkau?
aku risau.
'jangan begitu sayang. aku ini juga milik tuhan. tiba masa. aku pulang ya?'
kalau kau tahu aku tunggu kerana bertuhan.
mungkin juga kau akan paham.
kenapa aku gusar.dalam tiap masa berputar .
yang engkau itu aku harap.
jadi bahan emas untuk aku tayang nanti ke tuhan.
kalau kau tahu.
oh.
lekas lekas kau Ramadhan.
tidak kau rindu aku macam mana rindu nya aku pada kau?
every year. nothing fears me more.
than not to be able to meet Ramadhan.
may Allah last us till it.
No comments:
Post a Comment