i write not hoping for the whole world to read.but to change the whole world of just a person.

Wednesday, August 8, 2012

tak adil!

'kenapa.kalau dah diberi hidup aku ni.
kenapa tak mati kan aja  saat aku tak dapat apa yang aku nak'

bilang orang.

dan ini.
bilang aku.


percayalah.


kalau semua benda perlu Allah terangkan dalam hidup ini.
maka siapa Tuhan.siapa hamba?


hidup ini.
kalau kita tengok.


memang tak adil.
ada yang hidup senang.
ada yang nak hidup pun susah.


tapi.itu kalau kita tengok hidup ini dengan mata kita.
bukan dengan hati.


hidup ini adil.
sangat adil.
kenapa?
sebab yang merancang hidup ini.
adalah si Dia yang Maha Adil.


tapi kita ni manusia.
teralalu gopoh untuk berhenti lihat.
yang sebenarnya.
semua benda yang telah Allah rancang.
semua nya teratur.


cuma kita ini.terlalu buta.untuk.perasan.


tahulah.


orang yang miskin.itu.
diberi miskin.
sebab ada nya sifat sabar.


dan orang yang kaya itu.
diberi kaya.
sebab ada nya sifat pemurah.


adil itu bukan macam mengagih beras.
mengikut takar.
tapi adil itu pada benda yang terlalu halus untuk kita sedar dan lihat.


'aku ni miskin.susah aja hidup.mana ada adil ni'


kalau lah Allah itu tak adil.
tak akan Dia susul kan kemiskinan itu dengan
ketabahan.
kesabaran.
dan yang penting.

jaminan syurga.

'aku ni sakit.susah aja hidup.nanti mati juga.kalau adil kenapalah dihidupkan'

kalau lah Allah itu tidak adil.
tak akan diberi nafas.
tak akan diberi masa untuk bertungkus lumus.
untuk ada sabar dalam sakit.
sebab yang penting.

jaminan syurga.

'aku ni bodoh.belajar pun tak pandai.kalau lahir hanya semata-mata jadi supir.apa adil itu'

kalau lah Allah itu tidak adil.
tak akan diwujudkan rasa bersyukur dan redha.
pada tiap hati makhluk yang degil.
sungguh yang penting.

jaminan syurga.

 'aku ni kaya.semuanya ada.buat apalah aku hidup lagi.ini semua adil ke'

kalau lah Allah itu tidak adil.
tak akan pernah ada perkataan sedekah.
amal khusus.yang hanya buat makhlukNya yang kikir.
pasti yang penting.

jaminan syurga.

semua nya memang dah adil. cuma manusia yang tak pernah adil dalam hidup yang penuh adil ini.

miskin itu diberi.dan diganti sabar.
tapi ada yang tak sabar.
jadi.
mana mungkin.
manisnya adil.
dapat dirasa.

sakit itu diberi.dan diganti masa.
tapi masa yang ada tak pernah diambil kira.
jadi.
mana mungkin.
manisnya adil.
dapat dirasa.

 kebodohan diberi.diganti dengan syukur.
tapi apa yang masih ada.belum lagi mewujudkan syukur.
jadi.
mana mungkin.
manisnya adil.
dapat dirasa.

jangan kita bilang Allah itu penghukum.
yang mencipta dunia hanya sekadar mainan.

sebab sungguh.
kalau lah dunia ini tak Dia ciptakan.
mana mungkin kita tahu apa itu mainan.

apa yang Allah rancangkan.
berhenti kita soal.
sebab kalau lah memang kita ini hebat.
nyata sekali.kitalah Tuhan.
dan bukan Dia.

berhenti.simpan dendam pada Pencipta.
Dia terlalu baik.untuk dibalas dengan cara yang itu.
jangan jadi si gopoh yang melihat dunia hanya bagai.perhentian yang akhir.

kalau masih susah juga hidup ini Allah beri.
senyum.
sebab sudah dijanji.
syurga itu lebih menyenangkan.
bagi mereka yang mahu.

'....boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. '
Baqarah.216.

No comments:

Post a Comment