i write not hoping for the whole world to read.but to change the whole world of just a person.

Thursday, February 9, 2012

ini dan itu.milik Aku.

hari ini aku rasa macam nak berbahasa melayu.
sebab aku melayu.
biar lah berterabur bahasa.
macam biji tasbih terputus.
aku tak peduli.
sebab aku tulis bukan untuk meraih minat.
tapi untuk cerita apa sebenar ada di hati.

hari ini.bangun dengan hati remuk,kecai,gelisah,susah,sempit.
dan itu semua berlaku tanpa sebab.
memang benar lah kata Tuhan.
milik aku semua yang ada.
termasuk hati yang ada dalam dada.
jadi hari ini Tuhan bukti kan.
Dia sempit kan dunia buat sementara.
saat mata mahu mula mengenal dunia.
sebagai bukti.
Aku lah Pemilik hati.
jika sempit mahu Ku maka sempit lah ia.
jika lapang maka lapang lah ia.
kun fa ya kun kataNya.
tapi tidak apa.aku anggap saja
ini peringatan pada seorang hamba.
saat kau mahu mulakan hidup.
sebelum sempat menghirup.
udara keliling
berdarjah sifar.
maka Aku ingat kan.dunia ini milik Aku.
dan sedarlah.
tidak perlu gempitan bom.
tidak perlu tangisan bayi.
tidak perlu kelaparan.
tidak perlu kemiskinan.
tidak perlu kesakitan.
jika Dia mahu itu semua.
akan diberi walaupun dalam keselamatan.
dalam keselesaan selimut yang hangat.
dalam keadaan yang senang lenang.
dalam kemewahan.
dalam kegembiraan.
sebab Dia itu Tuhan.
dan Dia punya kuasa.
jadi aku bangun juga.
walaupun berat rasa.
sebab aku tahu.
aku seorng hamba.
dan itu bukan pilihan aku.
jadi untuk Rabb yang jauh di atas sana.
yang selalu mendengar.
dalam apa bicara.
walau jauh senyap di dalam dada.
terima kasih untuk peringatan pagi ini.
moga Kau mudahkan yang selebihnya.
biar aku tertonggeng jatuh di dunia.
sekarang.
tapi bukan dalam hidup selepas dunia.
nanti karang.

insyaAllah.....

No comments:

Post a Comment